Monday, May 11, 2009

MOVE OR BEING REMOVED..?



Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah.

So di sini OG paparkan antara LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM berkenaan untuk renungan kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri untuk kebaikan perkhidmatan & agensi...

"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?


Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".



Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada. Orang-orang Gomen ni tak pikir ka betapa peningnya pemimpin-pemimpin kita dok sort out masalah dalaman..ni dok nak tambah lagi.

Setelah meneliti teks luahan hati penjawat awam berkenaan, dapatlah OG simpulkan bahawa setiap penjawat awam, samada tetap atau kontrak, cermin-cermin lah diri sendiri. Tanya diri sama ada kita ini melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau sebaliknya.. Amanah wang rakyat dan Kerajaan terhadap kita adakah digunakan sejujurnya. Kuasa pengurusan dan pentadbiran yang diberikan oleh KSN & KPPA serta KSU kepada kita digunakan secara berkesan atau disalahgunakan?

OG dapati rakyat Malaysia hari ini banyak terdedah kepada fenomena `penyakit kritikal' sama ada fizikal atau mental. Maknanya rakyat Malaysia ni rata-ratanya TIDAK SIHAT! Berpenyakit! Daripada penyakit kanser otak sampailah ke penyakit `tak berotak'! Fenomena ini amat membimbangkan apabila menular di dalam warga perkhidmatan awam! Therefore mana penjawat awam yang rasa tak sihat dan tak mampu deliver..mohonlah berundur secara hormat! Kalau anda sayangi perkhidmatan awam khususnya jabatan/agensi anda bertindaklah sekarang.

Wednesday, April 29, 2009

Perkhidmatan Awam Mesti Berubah - Najib


"Sekali air bah sekali pantai berubah. Salah satu hakikat zaman adalah perubahan; Untuk maju manusia perlu sentiasa berada di hadapan keluk perubahan manakala untuk kekal di hadapan manusia perlu menerajui perubahan, sebaliknya jika hanya bernostalgia dengan sejarah kejayaan lampau tanpa gigih mencari kejayaan-kejayaan baru akan menyebabkan gejala jumud dan beku membudaya. Oleh itu setiap generasi penjawat awam perlu membuktikan kerelevanan mereka kepada rakyat dengan mencipta semula peranan mereka sesuai dengan masa. Melalui kaedah ini barulah mereka boleh memainkan peranan secara berkesan sebagai pemelihara kepentingan awam"

Jelas dan tinggi pengharapan YAB PM terhadap Perkhidmatan Awam. Benar! Memang benar dan tidak dinafikan bahawa nostalgia kejayaan sejarah lampau tanpa pembaharuan yang selaras dengan tuntutan masa dan pasaran akan mengakibatkan budaya jumud dan beku dalam perkhidmatan awam/agensi-agensi Kerajaan. Contohnya agensi-agensi front-liners yang core business adalah berurusan dengan rakyat secara realiti dan bersemuka perlu melihat semula pendekatan-pendekatan baru serta medium yang lebih sesuai bagi memastikan kehadiran mereka diterima rakyat dan khidmat mereka diperlukan rakyat!

Sikap mengimbau sejarah silam kehebatan lampau sebagai barisan hadapan yang pernah menyumbangkan khidmat bakti kepada rakyat dan Kerajaan sahaja tidak mencukupi. Ini kerana masa telah berubah! Manusia juga telah berubah daripada buta huruf kepada Internet savvy! Membaca akhbar sekadar melengkapkan masa terluang tetapi menghadap maklumat di media siber adalah satu keutamaan.

Sebelum era ledakan ICT, rakyat boleh dikumpulkan dalam satu majlis di pusat-pusat komuniti untuk ditarbiah dan disumbatkan maklumat dan diberi habuan seperti mihun goreng, karipap dan kopi o sahaja. Namun hari ini tidak lagi! Rakyat tiada masa nak melangut dengar orang gomen berceramah dalam balai raya yang panas dengan habuan karipap dan sebotol air mineral. Banyak benda lain lagi yang mereka perlu buat untuk kepentingan ekonomi & sosial mereka.

Dulu agensi Kerajaan mencari dan memberi maklumat kepada rakyat tapi hari ini rakyat mencari maklumat secara tersendiri mengikut kemahuan dan cita rasa! Ini bermakna perkhidmatan awam perlu sentiasa bersiap sedia dengan maklumat, kemudahan/aksesibiliti dan kepakaran. Dulu kalau ke pejabat Kerajaan tidak dilayan atau dimaki hamun, rakyat diam dan pulang! Hari ini cuba lah buat kalau berani..silap haribulan bukan kena menghadap Ketua Pengarah atau KSU sahaja, silap-silap KSN sendiri yang minta penjelasan! Itulah bezanya dulu dan sekarang! Hakikatnya rakyat semakin terbuka dan maklumat boleh dicapai di mana-mana sahaja.

Kenyataan YAB PM ada hubungkaitnya dengan `t-sunami 8 Mac 2008 dan empat siri kekalahan BN dalam pilihan raya kecil selama tempoh ini'. Ada yang mengatakan bahawa kekalahan yang bermula pada 8 Mac 2008 berpunca daripada kegagalan mekanisme Gomen dalam delivery system! Kelemahan ini (sekiranya benar) pastinya menjejaskan kredibiliti dan imej perkhidmatan awam selaku agensi gomen!

Mungkin ada kebenaran dan kaithubungnya antara kenyataan PM dengan prestasi agensi gomen akhir-akhir ini. Oleh sebab itulah PM meminta orang-orang gomen berubah! Berubah dari tahap lama kepada orientasi baru. Memanglah patut perubahan berlaku dalam perkhidmatan awam. Perubahan yang paling penting ialah sikap perkhidmatan awam terhadap `kerja' iaitu semangat patriotisme terhadap perkhidmatan dan Kerajaan. Pembongkaran media terhadap kelemahan mekanisme gomen dalam delivery system, korupsi, salah guna kuasa, karenah birokrasi serta lainnya membuktikan bahawa tiada patriotisme terhadap perkhidmatan dan Kerajaan.

Contoh yang paling ketara ialah keputusan undi PRU-12 bagi kawasan Putrajaya. Berapa ramai perkhidmatan awam telah mengkhianati Kerajaan..?

Monday, April 27, 2009

Ministry of Information, Communication & Culture (MICC): Kementerian Besar, Peranan Mestilah Lebih Besar & Mencabar


Gabungan dua setengah kementerian di bawah satu bumbung MICC meletakkan MICC sebagai kementerian terbesar dalam sejarah Kabinet Malaysia dengan 21 jabatan agensi di bawahnya! Amanah & kebijaksanaan YAB PM meletakkan bapak menteri baru adalah satu tindakan yang amat tepat. MICC yang merangkumi aspek penerangan, komunikasi dan kebuadayaan tidak mampu digalas oleh sebarang `menteri'...(bukan nak perkecilkan yang lain, tapi hakikatnya macam tu lah). Bibliografinya Rais Yatim adalah paling layak dan memang sesuai di MICC.

Rais pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan & Menteri Kebudayaan, Kesenian & Warisan (KEKKWA). Advantage pada Rais ialah beliau merupakan seorang phd by profession dalam bidang undang-undang. Malahan Rais pernah dilantik sebagai Menteri di JPM yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Kehakiman. Ini adalah antara resume yang memberikan kelebihan & membuktikan keupayaan Rais dalam mengurus tadbir MICC.

Bukanlah personaliti Rais yang ingin dicanangkan tapi ada benda lain yang lebih penting daripada itu yang perlu diambil perhatian serius oleh semua warga MICC. Pertamanya adalah dalam memastikan keselarasan tugas & tanggungjawab bagi memastikan semua role & functions jabatan/agensi adalah tally dengan matlamat penggabungan dua setengah kementerian ini. Amat membimbangkan sekiranya berlaku budaya `p.h.d' (perangai hasad dengki) antara bahagian kementerian (sebelum ini) dan jabatan/agensi yang kini bernaung di bawah MICC. Jangan lah pula ada yang saling mendabik dada dan berkata "aku daripada kementerian yang lebih senior..", "aku daripada agensi yang mempunyai anak syarikat yang besar..gaji CEO aku lebih besar daripada KSU-KSU korang semua.." ataupun "aku punya kementerian, walaupun daripada pecahan-pecahan kementerian lain tapi punya jabatan/agensi paling banyak dan besar..."! Astaghfirullah...

Perkara menarik yang perlu dilihat dalam penggabungan ini ialah aspek pemantauan dan kawalan terhadap 'bahan' di media elektronik, `persembahan' iklan-iklan radio & tv yang selaras dengan kod etika periklanan serta aktiviti `kreatif dan kreativiti' di media siber. Perkara-perkara ini tidak boleh dilihat sebagai hasil kerja seni kreatif sahaja. Sebaliknya hasilan karyawan ini juga berpotensi menjejaskan keharmonian dan keselamatan negara sekiranya diberikan `kebebasan' tanpa sekatan dan had. Sekatan tidak bermakna MICC atau Kerajaan bertujuan mengawal atau memendapkan atau menindas `karyawan' tetapi memupuk budaya harmonis dalam berkarya dan meletakkan keselamatan negara serta sensitiviti kaum sebagai keutamaan. `Karyawan' yang dimaksudkan termasuklah penulis-penulis artikel di media siber serta blogs.

Tidak dinafikan bahawa kebebasan berkarya adalah hak mutlak setiap jiwa! Namun harus diingat juga, kebebasan itu ada batasannya! Apalah ertinya kebebasan itu sekiranya bertujuan mencetuskan ketegangan kaum yang harmonis..? Atau akan menghancurkan sebuah negara bangsa yang merdeka? Lebih membimbangkan apabila kebebasan yang didewa-dewakan itu bertujuan melenyapkan tamadun yang sekian lama telah dibina..

Melihatkan situasi ini dan peranan MICC, penggabungan pelbagai kementerian ini adalah satu jawapan dan penyelesaian kepada persoalan yang berligar selama ini iaitu `aktiviti fitnah, pembohongan, penipuan, pemalsuan fakta, hasutan serta lainnya oleh individu atau golongan tertentu' terhadap seseorang/kumpulan/institusi ataupun negara. Maka satu Garis Panduan atau Kod Etika terhadap aktiviti ini perlu direalisasikan oleh MICC demi keharmonian masyarakat dan kehormatan profesionalisme karyawan.

Nampaknya tanggungjawab jiwa-jiwa MICC semakin besar setimpal dengan saiz kementeriannya. Keselarasan fungsi & tugas antara bahagian/jabatan/agensi perlu diteliti dan diselarikan agar tidak berlaku pertindihan serta kelompangan. Walau bagaimanapun Rais pasti mampu mengemudikan bahtera MICC sebaiknya khususnya dalam berperanan `menyampai dan membudayakan konsep 1Malaysia!

Monday, April 6, 2009

Orang Gomen Nak Pangkah Sapa..?

Teman tiba di Taipin' awal pagi tadi untuk meninjau-ninjau perjalanan proses pilihan raya kecil Bukit Gantang esok (7 April 2009). Singgah di kedai kopi somewhere dekat Changkat Jering pekena meehoon goreng sama nescafe tarik kaw! Terangkat gak nescafe di sini. Sambil minum dok dengar orang-orang pencen borak pasal mengundi esok..hah menarik ni!

Gaya cakapnya macam cikgu pencen..cerdik bebenor analisisnya. Di tambah pulak kenai semua orang gomen yang condong ke kiri ke kanan! Huh, teman siap set telinga kaw-kaw ler. Katanya..ramai cikgu-cikgi laki bini kat Changkat Jering ni dok sebelah PAS! Huh terkezut teman. Apasal jadi cam ni...? Katanya lagi, depa tu dok taksub dengan ceramah-ceramah ayat-ayat Quran!

Elok lah kalau dah nampak cahaya menerangi jalan...! Tapi cahaya bulan tu terangnya ada musim..bila mengambang saje! Takpa lah hak depa! Tapi teman rasa depa kena pikiaq betui-betui orang gomen ni. Kalu depa rasa gomen ni tak betoi..habaq la cara elok sebab depa tu pun dalam gomen gak! Kalu depa ada bukti, teman tak heran..malah teman sokong depa ni. Teman lagi sokong kalu depa kata gomen tak betoi dan depa letak jawatan sebab tak nak sekongkol dengan agenda kotoq Kerajaan. Teman tabik depa!

Tapi teman heran, depa dok hentam tuduh gomen macam-macam siang malam..bila cukup bulan dok pi terpa mesin duit amik `gaji haram'! Ada ka patut camni..? Cuba pikiaq la sket..kalu hangpa kata gomen rasuah dan korup pasai hangpa dok makan gaji dengan gomen lagi? Pi la cabut cari rezeki halal mutlak..ngajar kitab di sekolah agama ka..ngajar Quran ka..niaga juai hasil tanaman ka.. apa-apa yang halai lar.

Ini idak..tuduh orang perompak, tapi perompak bagi duit amik! Ape ker bangse muke tak malu takdak maruah diri!

Whatever is..mirror ownself. Who we are, to whom we serve & for whom we serve & from whom we survive! The rakyat require & expecting better than u think! The failures of the government delivery system contributed by the government servants who are fail to understand their position in government sector.

Teachers..teach! Accountants..count! Doctors..secure! Police..control! Manager..manage! etc.. but dont be the politicians who only talks!

Warga Kerajaan Bukit Gantang diseru melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi yang berhemah, rasional dan justified berteraskan akal bukannya emosi!

Let us vote for the success of the Government!

Monday, March 16, 2009

Pilihan Raya Kecil: Berbaloikah `Kerahan Tenaga Gomen..?'


1.Tiga pilihan raya kecil serentak di tiga lokasi berasingan bakal melibatkan ramai tenaga kerja daripada agensi gomen (yang berkenaan). Setiap agensi gomen yang terbabit menghantar sebilangan crews bagi tugas-tugas penyelarasan proses pilihan raya a.k.a pelaksanaan proses demokrasi!

2. Perkara menarik yang perlu dilihat bersama ialah `keberkesanan keterlibatan' atau sumbangan petugas-petugas gomen kepada Kerajaan dalam memastikan kelancaran proses pilihan raya kecil amnya dan kemenangan kepada parti Kerajaan khasnya. Adakah peruntukan yang dikeluarkan untuk membayar segala elaun sepanjang penugasan memberikan impak positif kepada Kerajaan dan Negara atau sebaliknya..?

3. Sekurang-kurangnya dua siri pilihan raya kecil lepas (Permatang pauh & Kuala Terengganu)telah membuktikan sejauh mana impak yang telah dicapai. Ukuran kasar ialah kalah atau menang..tetapi perkara yang lebih penting ialah sejauh mana kefahaman rakyat terhadap dasar-dasar dan pendirian Kerajaan menguruskan Negara, khususnya dalam mengendalikan situasi ekonomi-politik negara & dunia yang tidak menentu ini.

4. Mengambil contoh situasi politik di Perak, persoalan utama yang perlu difikirkan bersama ialah sejauh manakah kefahaman rakyat Perak terhadap senario politik semasa - keabsahan Kerajaan BN Negeri Perak, status Menteri Besar serta sandiwara pembangkang yang bersidang di bawah pokok? Adakah rakyat Perak amat jelas dengan fakta sebenar bahawa Kerajaan BN adalah sah secara mutlak! Dan sebarang tindakan oleh ADUN-ADUN pembangkang adalah mainan politik golongan kecewa yang tidak dapat menerima hakikat!

5. Sewajarnya, gerakan `kerahan tenaga Gomen' bukan sekadar bersantai-santai yang kononnya memantau proses pilihan raya tetapi bertanggungjawab menjelaskan rakyat Perak khususnya pengundi Bukit Gantang mengenai kedudukan sebenar senario politik dan keabsahan Kerajaan BN Perak.

6. Crews Gomen juga bertanggungjawab mendekati rakyat tanpa mengira pegangan parti & ras bagi mendapatkan maklum balas akar umbi terhadap pendirian dan dasar Kerajaan. Namun demikian sekiranya ribuan kerahan berkampung di setiap kawasan pilihan raya sekadar menggambarkan komitmen jabatan/agensi tanpa faham dengan jelas fungsi dan peranan mereka..adalah ruginya wang rakyat dibelanjakan untuk amanah yang didustai ini.

........

Saturday, March 7, 2009

FITNAH..FITNAH..FITNAH...


FITNAH!!!!!
Itulah hakikatnya! FITNAH!
Mengapa budaya keji ini menjadi amalan sebahagian perkhidmatan awam...?

Baru-baru ni dia orang dok kalut sebarkan berita fitnah pasal big gun kena tangkap khalwat dengan staff. Huh beriya-iya betul puak-puak dia orang dok canang cerita karut ni! Diagendakan cerita ni habis-habisan...dipaparkan di media cetak, disebarkan melalui sms lagi..

Tapi yang tak masuk akalnya, dalam satu masa big gun ni kena tangkap di empat lokasi berlainan! Memang tak masuk akal!

What ever dia orang nak cakap, apa yang pasti itu semua adalah fitnah semata daripada kelompok manusia yang tak puas hati, berjiwa kotor lagi keji kerana merasakan diri dianiaya! Huh..dia orang ni memang tak pernah cermin diri agaknya. Fitnah ni dosanya lebih besar daripada membunuh weiiii! Rasanya elok pi tokong jer la daripada dok solat rukun solat sunat dan pakai tudung tu..kalau tak boleh nak terima hakikat bahawa hangpa semua tu dah failed to deliver!

Inilah masalah orang Melayu Islam Malaysia..Islam adalah warisan, Melayu adalah budaya dan Malaysia adalah negara..Tidak lebih daripada itu. Konsep ketiga-tiga ini tidak pernah dikupas secara terbuka, liberal dan universal. Bagi dia orang..Islam itu mesti pakai kopiah, simpan janggut, pakai tudung dan lain-lain. Melayu lak..mesti baju kurung, suit Melayu, tak pakai seluar pendek, tak cakap lepas, tak mengarut dan semua yang suci murni lah! Malaysia lak dia orang rasa mak bapak dia orang punya tanah..asyik nak jadi TUAN jer..tapi malas berkarya dan mahu cepat kaya sepantas kilat dengan menge`paw' suppliers yang rata-rata kaum `cha' jer. Hah itulah tafsiran mereka.

OG bukan nak protect sesape dalam hal ni..tapi kes ni terang-terangan FITNAH! Tapi OG paling sedih ialah yang menjadi ibu segala fitnah ialah 'orang dalam' beb! So OG sarankan boss berkenaan siasat habis-habisan dan bunuh saja `ibu fitnah' tu baru pada muka. Tak kira lah JUSA ke opis boys! Virus ini perlu dilenyapkan secara total dari perkhidmatan awam!

Anyway OG tabik lah kat big gun tu sal so cool giler sal fitnah yang dilemparkan padanya. Takder melenting takder aper la beb. Dont worry Tuhan lebih mengetahui yang terbaik untuk ummatnya. Caya luu....

BEBASKAN FITNAH DARI NALURI PERKHIDMATAN AWAM. SERVE THE BEST TO THE STAKE HOLDERS!

mata gaji vs gaji buta:fenomena perkhidmatan awam.


Ptg td santai borak dgn member d mamak stall.dlm dok sembang2 kami d sapa sorang teman - satu perkhidmatan dulu. Tp la ni teman ni ckp dia santai2 saje..katanya p opis baca paper,surf internet,borak2 minum2 kat cafe,cuci mata kat sogo n balik punch-out..setel!takdak sapa bg kerja,takyah wat apa kerja dan memang tak cari kerja!aman damai katanya lepak kat 'pool' katanya!lepas sembang dgn gagah dan bangga teman tu pun gerak..tinggal kami berdua jer terkebil-kebil..

Heran betul dlm gomen blh ada manusia yg mentaliti camni. Dah lah gred bukan kecik2 anak..senior officer lg wei! Kawan2 lain dok kalut berkejar deadlines..dok kena menjawab dgn boss2 tp kawan kita aman damai santai kat kolam dr 8am till 5pm! Ni lah kot yg dikatakan gaji buta tp mata gaji tinggi.

Terfikir di benak kami..elok rasanya unit pool di agensi gomen tu di utilise kan sepenuhnya..setidak2nya ketua2 perkhidmatan tu berusaha 'menghalalkan' mata gaji yg tinggi tu jd gaji yg celik dan bermata..tak lah bangsat buta! Cuba fikir sama2 kalau dlm setiap agensi ada sepuluh org gred 44 ke atas yg polled..berapa byk duit rakyat dibazirkan? Itu belum kira yg 'mengulat' dan 'kayu buruk' tak perform lagi!

Gua nasihatkan mana2 org gomen yg dah mulfuction tu cermin2 lah diri..elok amik opsyen jer dr makan gaji buta tanpa kerja! Bukan saja haram dan berdosa,tp sakitkan mata jer. Maaf lah kalau terasa..tp budaya lama dah tak relevan dan tidak wajar dipertahankan lg. Malu dan menjaga hati tak lg sesuai hari ni. Kat luar sana ramai lg graduan menanti2 nak berbakti kpd gomen! Boss2 semua pun tgk2 lah diri. Dah byk bende2 pelik dan ajaib berlaku hari ni..posted via e66@LBU mcD.